Thursday, May 30, 2013

Panas! Zizan Raja Lawak Dituduh Perbodohkan Wartawan?





Zizan mendakwa kini sudah berpunya. Siapa wanita bertuah itu yang turut dikatakan telah menghadiahkan iPhone5 kepada Zizan sempena hari lahir baru-baru ini?
“Dia adalah orang yang dekat dengan saya dan tentunya bukan di kalangan orang dalam industri”
Ada pihak menganggap Zizan tidak serius ketika menjawab pertanyaan media mengenai wanita tersebut. Betul ke ada teman wanita? Atau saja reka cerita?
“Sebenarnya bukan saya tak nak beritahu. Semuanya sebab saya tak tahu kami ini serius
atau tidak. Saya tak bersedia lagi nak luahkan pada dia. Dia tak tahu saya suka dia


Kenapa Ragu-Ragu Nak Luahkan?

“Saya risau dia tak faham kerja saya yang sentiasa sibuk… dengan gosip lagi. Benda-benda macam inilah. Sebab itu saya tak nak cerita sangat. Lagipun kami tak pernah berjumpa. Umur dia pun saya tak tahu. Insya-Allah, ada jodoh tak ke mana”

Ada yang anggap pengakuan Zizan ini cuma auta sedangkan wanita itu tidak wujud pun sebenarnya. Adakah Zizan cuba perbodohkan wartawan yang bertanya?
“Saya tak ada niat menipu. Betul. Saya memang tak bersedia lagi nak beritahu pada wanita itu. Belum ada masa yang sesuai. Takkanlah saya nak tipu wartawan dan nak reka cerita semata-mata nak glamor. Bagi saya tak glamor pun seseorang artis tu kalau sibuk dengan kontroversi”

Kalau Tak Ada Niat, Kenapa Cakap Main-Main Bila Ditanya? Macam Nak Main Tarik-Tali Pula.

 “Bukan begitu, saya cuma tak nak hal ini dibesar-besarkan. Lagipun benda belum confirm. Takkanlah nak canang. Saya tak bodohkan wartawan. Tak akan saya nak buat begitu sedangkan saya sedar selama saya dalam industri, wartawan banyak membantu saya”


Mungkin Juga Sebab Zizan Seorang Pelawak Maka Kalau Zizan Bercakap Serius Pun Dianggap Cuma Gurauan?

“Ya. Tak dinafikan. Mungkin ada orang akan salah anggap. Itu bukan salah saya, itu salah merekalah. Bagaimana mereka interpretasi kata-kata saya. Orang yang tak kenal saya, dia akan ingat saya main-main”

Pelawak Memang Suka Cakap Main-Main Walau Hal Serius. Komen Zizan?

“Kena faham, pelawak kerjanya melawak. Kami juga manusia biasa. Memang tak dinafikan kebanyakan orang ingat pelawak suka cakap dalam gurauan. Itu menandakan mereka ini bijak. Bagi saya, tidak semua benda saya boleh melawak”
“Perkara sensitif takkan saya nak main-main. Tapi bagus juga orang tanya macam ini, jadi teka-teki. Bergantung pada orang yang menerima kata-kata saya itu. Bila mereka fikir, mereka akan kaji balik. Apa pun, saya tak pernah tipu pihak media”
ZMOS NEWS : Apa-apapun kami harap Zizan dapat bersabar dengan karenah wartawan yang sentiasa inginkan berita terbaru daripada artis kesayangan ramai peminat. Cuma yang kami inginkan jika Zizan serius eloklah beritahu secara umum siapakah wanita tersebut untuk mengelakkan fitnah :)

No comments:

Post a Comment